Search This Blog

Perjanjian Rumah Sewa ( Agreement House Rental )

Contoh Perjanjian Rumah Sewa Percuma

Page 1



PERJANJIAN RUMAH SEWA  
UNTUK KEDIAMAN

DIANTARA

_____________________

Owner XX
____________________________


DAN

____________________________

Penyewa XX
____________________________


PADA:

1 / 5 / 2016




Page 2



BORANG MAKLUMAT PENYEWA

Nama:

Penyewa XX
No. K/P:

XX
No. Tel. Bimbit:

XX
Alamat Rumah Penyewa :
XX

Alamat Pejabat:

XX


Tempoh Sewaan:

1 TAHUN

SEKIRANYA PENYEWA INGIN MENAMATKAN PERJANJIAN SEWA INI SEBELUM TEMPOH BERAKHIR, PENYEWA AKAN KEHILANGAN DEPOSIT SEKURITI.

Jumlah Penyewa:
XX ORANG


Tel. Kecemasan
XX - MAK – 013 XX

XX - AYAH – 012 XX

PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK TUAN RUMAH DAN IA DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SULIT SERTA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN SELAIN DARIPADA PROSES PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN INI.





 Page 3




JADUAL PERTAMA

BIL.

PERKARA

MAKLUMAT

1.

HARI DAN TAHUN PERJANJIAN
DIBUAT

1/5/16
2.

TUAN RUMAH
NAMA:
NO. KAD PENGENALAN:
NO. TELEFON:

XX
XX
XX

3.

PENYEWA
NAMA:
NO. IC:
NO. TELEFON:


XX
XX
4.

ALAMAT RUMAH YANG
DISEWA

XX

5.

JENIS BANGUNAN

APARTMENT






 Page 4




JADUAL KEDUA

BIL.

PERKARA

MAKLUMAT
1.

TEMPOH MENYEWA

1 TAHUN
2.

TARIKH BERKUATKUASA

1/5/2016 – 1/5/2017

SEKIRANYA PENYEWA INGIN MENAMATKAN PERJANJIAN SEWA INI SEBELUM TEMPOH BERAKHIR, PENYEWA AKAN KEHILANGAN DEPOSIT SEKURITI.

3.

SEWA BULANAN

RM 900.00 (SEMBILAN RATUS RINGGIT SAHAJA)

SELEPAS PEMBAYARAN DIBUAT, SILA SHARE RESIT PEMBAYARAN KE TUAN RUMAH UNTUK URUSAN PENGREKODAN

4.

JENIS & TARIKH PEMBAYARAN

TUNAI KE:

MAYBANK:
XX

PADA  1 HB SETIAP BULAN DAN TIDAK MELEBIHI 3 HARI BERIKUTNYA

5.

WANG CAGARAN PENDAHULUAN

a) DEPOSIT SEKURITI (2 BULAN)
b) DEPOSIT UTILITI  




DEPOSIT SEKURITI = RM 900 X 2 = RM 1800
DEPOSIT UTILITI = RM 300

JUMLAH:
RM 1800 + RM 300 = RM 2100

DEPOSIT SEKURITI AKAN DIPULANGKAN SECARA PINDAHAN ONLINE (2 MINGGU) DAN DEPOSIT UTILITI AKAN DIPULANG KAN SETELAH BIL TERAKHIR BULAN KELUAR

6.

PEMBAHARUAN PERJANJIAN

-



Page 5





MAKA PENYEWA DISINI BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH SEPERTI BERIKUT: 

1. Membayar sewa pendahuluan pada tarikh seperti mana ditetapkan. selepas pembayaran dibuat, sila share resit pembayaran ke tuan rumah untuk urusan pengrekodan

2. Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air dan elektrik yang dikenakan pada Rumah tersebut semasa penyewaan ini berjalan. 

3. Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan/atau bersama untuk membayar bayaran sewa dan bayaran perenggan (2). 

4. Sebarang risiko ke atas rumah daripada penyewaan kepada penghuni rumah dan risiko-risiko lain adalah ke atas Penyewa semata-mata. Penghuni rumah yang tinggal hendaklah beragama Islam. 

5. Tidak menggunakan dan/atau membenarkan Rumah Tersebut dan/atau sebahagian daripada Rumah tersebut digunakan untuk kegiatan haram, menyalahi undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan atau perdagangan dan perjudian, memberi perlindungan kepada pesalah undang-undang dalam apa jua bentuk sekali pun. 

6. Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan di dalam kawasan Rumah dan/atau dimana sahaja dalam Rumah tersebut. 

7. Tidak membawa dan/atau menyimpan di dalam Rumah apa jua jenis senjata, bahan letupan, bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau yang mudah terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat kebenaran dari pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah. 

8. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Rumah tersebut termasuk ruangan kaki lima, ruangan tangga serta jalan disekeliling rumah tersebut sebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah atau pegawai- pegawai atau wakil-wakil yang diberi kuasa olehnya. 

9. Menjaga dan memastikan keadaan di dalam Rumah tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini supaya sentiasa berada didalam keadaan baik dan boleh diduduki (susutan biasa samaada kerosakan oleh api, ribut taufan atau lain-lain bencana alam dikecualikan). 

10. Jika ingin menggantung bingkai gambar, dinding hendaklah dibuat lubang menggunakan drill penebuk dan dimasukkan ‘wallpluck’. 




Page 6




11. Tidak membenarkan atau memberi kebenaran bagi apa jua perkara yang melanggar undang-undang, undang-undang kecil atau peraturan kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa yang lain yang melibatkan Rumah berkenaan atau yang boleh menyebabkan polisi insurans yang melindunginya daripada kerugian atau kemusnahan akibat kebakaran menjadi tidak sah atau menyebabkan premiumnya bertambah. 

12. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa saja perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang di Rumah tersebut yang mana ianya boleh menganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan tersebut. 

13. Penyewa hendaklah menyelesaikan sebarang pertelingkahan dengan jiran secara aman dan bertanggungjawab. 

14. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya  atau pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah memasuki Rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan atau pembaikkan kepada rumah tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap adalah mustahak setelah diberi tahu oleh Tuan Rumah. 

15. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang berjumlah RM 200.00 dan ke bawah yang disebabkan oleh penyewa atau pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat dengan kebenaran Penyewa kepada kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain bahagian yang berkenaan atau membayar balik kepada Tuan Rumah semua perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki kerosakan itu yang disebabkan oleh penyewa. Kerosakan-kerosakan biasa yang berjumlah RM 200.00 dan ke bawah adalah seperti kerosakan pam mangkuk tandas, kerosakan starter lampu, kerosakan kipas, kerosakan tombol pintu dan kerosakan pili air. 

16. Bertanggungjawab untuk membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh kekerapan penggunaan Penyewa atau penghuni Rumah tersebut atau pelawat dengan kebenaran Penyewa keatas mana-mana atau kesemua perkara-perkara berikut; 
i. Lampu Syiling dan “Starter” 
ii. Kepala Paip. 
iii. Pump Tandas 

17. Penyewa bersetuju untuk menyewa Rumah tersebut dalam keadaan baik  dan bersih yang sedia ada. Penyewa juga bersetuju untuk menyerahkan kembali Rumah tersebut dalam keadaan sama atau lebih baik kepada Tuan Rumah dan menanggung bayaran membersih jika Tuan Rumah mengupah orang untuk membersihkannya apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat ataupun ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian. 




Page 7




TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH: 

1. Akan membayar Cukai Pintu, Cukai Tanah, Indah Water, Bil Penyelenggaraan yang dikenakan ke atas Rumah tersebut.

2. Membaiki sebarang kerosakan besar yang menimpa ke atas Rumah tersebut (berjumlah RM 200.00 dan ke atas) yang mana ianya bukan disebabkan oleh kelalaian dan juga memperbaiki apa-apa kerosakan biasa yang disebabkan oleh "Fair Wear dan Tear" dan Tuan Rumah bertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus segala kerja-kerja pembaikan ke atas rumah tersebut di sepanjang tempoh penyewaan ini. 

3. Tuan Rumah akan mengembalikan deposit sekuriti akan dipulangkan secara pindahan online (2 minggu) dan deposit utiliti akan dipulang kan setelah bil terakhir bulan keluar tertakluk kepada syarat-syarat dimana deposit boleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan sewa rumah yang tertunggak dan/atau untuk perbelanjaan memperbaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak penyewa, kakitangan dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke atas penyewa mengikut syarat- syarat yang terkandung dalam perjanjian ini dan/atau perbelanjaan yang ditanggung oleh tuan rumah untuk tujuan mengekalkan keadaan rumah seperti keadaan semasa perjanjian ini ditandatangani. 

4. Memastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat sebelum penyewa mendiami Rumah seperti pemasangan jeriji besi, tombol pintu dan tingkap berada dalam keadaan baik, sistem pendawaian rumah dan bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat. 




Page 8




PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA: 

1. Tuan Rumah hendaklah menyerah kunci rumah kepada penyewa selepas penyewa membayar deposit melainkan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak. 

2. Sekiranya perjanjian tamat atau ditamatkan oleh Tuan Rumah atau Penyewa, adalah menjadi tanggunjawab penyewa untuk menyerahkan kunci rumah kepada Tuan Rumah atau wakilnya dengan segera. 

3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan berikutnya maka penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh yang dipersetujui dan dijanjikan dengan Tuan Rumah. Sekiranya tiada bayaran diterima pada tarikh yang telah dipersetujui, deposit akan digunakan untuk membayar tunggakan tersebut dan Tuan Rumah berhak untuk menamatkan perjanjian penyewaan ini dan tidak mengembalikan baki deposit.

4. Sekiranya penyewa berkehendakkan tempoh penyewaan diperbaharui apabila tempoh sepertimana terkandung didalam perjanjian ini tamat maka penyewa mestilah mengemukakan notis bertulis kepada Tuan Rumah tidak kurang dua (2) bulan sebelum tamat tempoh penyewaan tersebut. 

5. Tuan Rumah berhak untuk tidak memperbaharui tempoh penyewaan. 

6. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya berlaku perlanggaran di dalam perjanjian.

7. Jika penyewa menamatkan penyewaan sebelum tamat tempoh perjanjian, Tuan Rumah berhak untuk tidak mengembalikan deposit.

8. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan penyewa dari membayar kepada Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini. 

9. Sebarang pertikaian diantara Tuan Rumah dan Penyewa mengenai penyewaan Rumah tersebut hendaklah diselesaikan secara aman dan baik. Jika penyelesaian tidak dapat dicapai hendaklah diselesaikan melalui timbangtara. 

10. Penyewa dibenarkan memasang kunci tambahan setelah memberi tahu tuan rumah. Kunci pendua bagi kunci tambahan perlu diserahkan kepada Tuan Rumah atau wakil yang telah diamanahkan oleh Tuan Rumah. 




Page 9




PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada haribulan dan tahun yang tersebut di atas. 










................................................................
Tuan Rumah
Nama: XX
No. K/P: XX
Tarikh: 1/5/16




......................................................
Penyewa
Nama: XX
No. K/P: XX
Tarikh: 1/5/16





................................................................
Saksi
Nama : SYAMIN SAAD
No. K/P: XX
Tarikh : 1/5/16





......................................................
Saksi
Nama : SYAMIN SAAD
No. K/P: XX
Tarikh : 1/5/16

.